Monday, 25 July 2011

Berehat Sebentar...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 20:28 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika sedang membaca buku karya Hilal Asyraf, aku mengangguk-angguk setuju dengan penulisannya mengenai Ramadhan dan inginku kongsikan dengan semua..

"Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan. Dan bekalan terhebat itu adalah TAQWA.


Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan taqwa. Allah mengarahkan hamba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketaqwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam. 


Kenapa taqwa ini diangkat sedemikian penting? Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya?


kerana, dengan kewujudan taqwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. Dengan kewujudan taqwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa." (2:97)


Perhatikanlah perkataan bekal. Bekal untuk apa? Untuk perjalanan hidup kita. Hanya dengan taqwa, kita mampu merentasi kehidupan dengan baik, dalam ketaatan kita kepada Allah SWT."




jom, berehat sebentar bersama TAQWA !

Sunday, 24 July 2011

ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN UNTUK KITA

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 23:28 1 tuffah
ketika diri diuji,
baru nak sujud lama-lama lah
baru nak menangis melimpah-limpah lah
baru nak zikir banyak lah, 
baca Quran..
bermuhasabah dirilah..

masa bersuka-sukaan dulu,
ade ingat nak buat semua tu?
solat pun bermalas malasan
zikir apatah lg..
baca Quran? 
hmmm...

hiburan lagi penting..
'japgi la solat,sket je lg cite ni nk abes'
solat pun di penghujung waktu,
solat pula laju kerna megejar cerita seterusnya..

bila Allah uji sikit
baru nak sedar..
bersyukurlah Allah bagi ujian
tanda Allah msih syg..
kalau Allah biarkan je??
faham-faham la ye..

 Ketahuilah bahawa.....


ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN UNTUK KITA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ЅέмάЛϊЅ тЧƒƒάн Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez