Monday, 25 July 2011

Berehat Sebentar...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 20:28
بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika sedang membaca buku karya Hilal Asyraf, aku mengangguk-angguk setuju dengan penulisannya mengenai Ramadhan dan inginku kongsikan dengan semua..

"Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan. Dan bekalan terhebat itu adalah TAQWA.


Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan taqwa. Allah mengarahkan hamba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketaqwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam. 


Kenapa taqwa ini diangkat sedemikian penting? Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya?


kerana, dengan kewujudan taqwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. Dengan kewujudan taqwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa." (2:97)


Perhatikanlah perkataan bekal. Bekal untuk apa? Untuk perjalanan hidup kita. Hanya dengan taqwa, kita mampu merentasi kehidupan dengan baik, dalam ketaatan kita kepada Allah SWT."




jom, berehat sebentar bersama TAQWA !

0 tuffah on "Berehat Sebentar..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ЅέмάЛϊЅ тЧƒƒάн Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez