Friday 4 November 2011

Jom berebut-rebut !

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 05:05 0 tuffah
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
3.  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
sumber: harakahdaily
Pemilik Tuffah
08 Zulhijjah 1432
20:00

Sunday 30 October 2011

Wahai Pemuda..

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 07:23 1 tuffah
Masa depan negara Islam terletak pada masa depan umatnya,
Masa depan umat Islam terletak pada PEMUDANYA !

Allah tidak memerlukan jihad kita 
sebab Allah boleh je nak bagi kemenangan kepada umat Islam tanpa kita pun,
tapi kitalah yang memerlukan jihad fisabilillah dan Islam itu sendiri
kerna jikalau Islam berada di tampuk kegemilangan tanpa kita 
alangkah ruginya kita !

Wahai Pemuda ! Umat memerlukan kita ! 

Kita sebaik-baik umat yang diciptakan untuk manusia, untuk masyarakat !

Imam Al Banna menyeru kepada pemuda agar mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri, dan tahu akan kedudukan kamu yang tinggi dan tahu bahawa anda adalah pemimpin yang akan merubah dunia. Anda juga adalah guru buat sekalian alam !


Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan....

at Nilai Impian
22:33
03 Zulhijjah 1432

Friday 28 October 2011

dalam diam...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:42 0 tuffah
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

 
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
 
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
********************



Thursday 27 October 2011

Bijak

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:05 0 tuffah


Allah berfirman dalam Surah Al-israk , ayat 32, bermaksud
"Janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"

Allah tahu
kita manusia ini sangat lemah
sebab tu Allah kata
JANGAN HAMPIR !
sebab kalau hampir,
probability utk melakukan zina itu sendiri
SANGAT LAH TINGGI !
sebab Allah tahu
KITA NI X KUAT !

**********************

Wednesday 12 October 2011

Ibadah bukan hanya di hamparan sejadah.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 09:52 0 tuffah
In the name of Allah...


Pada kebiasaannya, seringkali sejadah akan dikaitkan dengan ibadah..

Solat, zikir, baca Quran..

Hakikatnya, ibadah bukan setakat itu sahaja..

Rahmat Allah itu "teramat sangatla" luas.. (sgt2 la tu mksudnya)

Hatta, kita nak beli choki-choki pon, jika niat untuk beribadah kepada Allah, xkan menjadi sia-sia..

Hadirnya kita di dunia ni, tidak lain dan tidak bukan..

hanyalah semata-mata kerana Allah swt..

menjadi khalifah dan beribadah kepadanya..

Jadi, jikalau kita memandang dunia ini seperti hamparan sejadah..

Nescaya, setiap minit kita akan sentiasa beribadah kepada Allah,

sepertimana kita sedang bertafakur di hamparan sejadah..


Monday 22 August 2011

Boom! Kebaboom !

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 18:00 0 tuffah
Dengan Nama Allah...

Assalamualaikum warahmatullah..

Assalamualaikum warahmatullah..

(Setelah selesai menunaikan solat..)

Boom !

Boom !

Bunyi itu sangat kuat.. (mau gugur jantung ni)


da macam rasa duk kat Palestin pula..

mana taknya..

asal solat saja mesti akan diiringi dengan dentuman sana sini..

ish, budak-budak ni..orang solat, dia p main mercun..

kalau kat kat Palestin tu, dah sah2 la mati syahid..

ang duk main mercun tu, apa dapat?

nak jadi macam ni?


eh, x teruk lagi tu.. tengok ni.. (euuuuwww)


Nauzubillah~ 

Ya Allah, Kau berilah hidayahMu pada mereka~ (yang berkenaan la)

Thursday 11 August 2011

Tarawih.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 22:18 0 tuffah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Som : uit timah, nak ke mana tu?


Timah: surau. jom la sekali som .


Som : ala, ruginya aku tak dapat ikut ye timah . tak dapatla buat tarawih .


Timah : ape pula tak dapat buatnya som. kat rumah pun boleh tarawih.


Som : eh, yeke timah? aku ingat solat terawih tu kena buat kat surau je berjemaah. lagipun aku tak tau la yang selawat2 lepas solat tu timah..


Timah : ...................




Itulah hakikat umat pada zaman ini, 
solat hanya ikut- ikutan..
tanpa mengetahui dan memahami kaifiat sebenar solat itu sendiri..

"eh, kau buat 4 rakaat je? mana boleh la"
(pernah terdengar orang bertanya)

hah? musykil la..
benda ni da jadi macam perkara wajib pula..
benda sunat ni kalau buat dapat pahala,
kalau  tak buat, tak dapat pape kan?
so, solat sunat terawih ni paling sikit 2 rakaat..
paling banyak...undefined..
nak solat sampai esok pagi pon boleh..
ikut suka la masing-masing punya kupayaan..

Wednesday 10 August 2011

Al Fatihah itu.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 16:46 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم

Pada satu malam , terdapat sepasang suami isteri yang baru sahaja sampai di depan perkarangan masjid..


(Bacaan Al-Fatihah kedengaran dari corong pembesar suara)


Isteri : orang dah mula solat la bang.. tak sempat da ni.. 


Suami : ni baru solat isyak la.. belum start tarawih lagi..


Isteri : mana abg tau? kita da lmbt ni..


Suami : ce dgr Al Fatihah dia.. perlahan ja..kalau masa solat tarawih kan laju.. sekali nafas kot..


Isteri : ..............



Betul tekaan si suami, memang sedang solat isyak pun..

boleh pula ada beza bacaan Al Fatihah masa solat Isyak dan solat Tarawih kan? (kemusykilan)

perlu ke laju-laju? (sekali nafas)

nak kejar apa? (moreh)

baca macam biasa tak boleh ke? 

(mood; konpius)

Tuesday 9 August 2011

ِِAir mata itu.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 07:34 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم


air mataku menitis
melihat apa yg terpapar pada skrin di lappy kesayanganku
"apa semua ni?"
membuatkan aku kurang tumpuan dlm b'ibadah kpd Allah,
aku terlalu memikirkan apa yg berlaku..
pedih.
sakit.
malu.
amat memalukan.

ujian itu...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... (2:286)

ya !
AKU MAMPU !

Saturday 6 August 2011

Hati dipujuk...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 08:52 0 tuffah
Kini, hatiku sedih..
Kosong..
Tidak merasa kenikmatan bulan Ramadhan seperti orang lain..
tetapi,
hati dipujuk oleh sepotong hadith;

“Barangsiapa yang memberi buka orang puasa, maka baginya pahala semisalnya tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun.”

(jangan sedih wanita yang mengalami nasib seperti saya, kerana kita masih mampu mendapat pahala seperti orang yang berpuasa. ITU JANJI ALLAH !)


*jom masak masak tukar juadah with jiran tetangga
Alhamdulillah, boleh dpt pahala spt org puasa...(smile)

Wednesday 27 July 2011

Muhammad Niyaz Assharif

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 21:14 0 tuffah
Pada tanggal 16 July 2011,

telah lahir anak saya yang prtama (it's anak buah ekceli

TADAAA!!


* sy sgt comel 

(macam ada muka saya sikit) =p


ye2 je tengok tv.. cam nampak !


pipi dah bobok . makan tido banyak . 


*saya dah botak (wink)


sekian terima kasih =)

Monday 25 July 2011

Berehat Sebentar...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 20:28 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika sedang membaca buku karya Hilal Asyraf, aku mengangguk-angguk setuju dengan penulisannya mengenai Ramadhan dan inginku kongsikan dengan semua..

"Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan. Dan bekalan terhebat itu adalah TAQWA.


Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan taqwa. Allah mengarahkan hamba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketaqwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam. 


Kenapa taqwa ini diangkat sedemikian penting? Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya?


kerana, dengan kewujudan taqwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. Dengan kewujudan taqwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa." (2:97)


Perhatikanlah perkataan bekal. Bekal untuk apa? Untuk perjalanan hidup kita. Hanya dengan taqwa, kita mampu merentasi kehidupan dengan baik, dalam ketaatan kita kepada Allah SWT."




jom, berehat sebentar bersama TAQWA !

Sunday 24 July 2011

ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN UNTUK KITA

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 23:28 1 tuffah
ketika diri diuji,
baru nak sujud lama-lama lah
baru nak menangis melimpah-limpah lah
baru nak zikir banyak lah, 
baca Quran..
bermuhasabah dirilah..

masa bersuka-sukaan dulu,
ade ingat nak buat semua tu?
solat pun bermalas malasan
zikir apatah lg..
baca Quran? 
hmmm...

hiburan lagi penting..
'japgi la solat,sket je lg cite ni nk abes'
solat pun di penghujung waktu,
solat pula laju kerna megejar cerita seterusnya..

bila Allah uji sikit
baru nak sedar..
bersyukurlah Allah bagi ujian
tanda Allah msih syg..
kalau Allah biarkan je??
faham-faham la ye..

 Ketahuilah bahawa.....


ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN UNTUK KITA!

Sunday 10 July 2011

Niat.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:01 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini inshaAllah nak kongsi ayat ini dulu;


" Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (17:19)


dan hadis ini;



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


ada nampak ke relation between ayat dan hadis diatas??


niat + amal (usaha) + tawakal + doa..


Kesimpulannya kat sini, jika aim kita ialah kehidupan di akhirat yang dah tentunya kekal abadi, kita akan berusaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh.Setiap detik yang dilalui sentiasa untuk mencari keredhaan Allah.Setiap perkara yang kita lakukan sentiasa niat lillahi taala. Kenapa niat penting? kerana niat membezakan ibadat dengan adat dan untuk menentukan qasad amal- adakah untuk Allah atau selainnya. Hatta qada' hajat sekalipun, jika kita niat untuk Allah, maka ibadahlah ia dan insyaAllah boleh jadi amalan kecil ini menjadi besar kerana niat tadi dan sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.Jika baik niatnya, baiklah balasannya,dan begitulah sebaliknya.Tawakal mestilah selari dengan usaha. tak boleh lah nak tawakal je tapi usahanya zero. xmau2 camtu! Misal kata exam la kan, kalau seseorang tu berniat nak dapat Dean List (DL) , boleh je Allah nak bagi beliau DL tapi rugilah..sebab apa? sebab niatnya bukan kerana Allah. Kalau nakkan dunia,dapatlah dia dunia, kalau nakkan akhirat inshaAllah yang si dunia tu pun ikut sekali..Tapi aim kita bukan setakat DL, kita mahukan lebih daripada itu..kita mahukan keredhaan Allah dan rahmat Allah dan kasih sayang Allah.Kita bukan sahaja mahukan Dean List tapi kita mahukan Deen List.tapi segala2nya terletak pada tangan kita.. 



اصلح نفسه
ادع غيره

Friday 8 July 2011

Masih ada alasan??

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 06:47 0 tuffah
Inilah pemikiran umat sekarang... Inilah hakikatnya.. Kita masih boleh menge"rate" kan dosa?? 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " (17:32)

Jangan menghampiri la, da sah2 la dosa.. yang "ala2 lg ni nape??"

Ada orang yang ber'sms' dgn kekasihnya b'alasan; " ala msg je, x dgr suare pun kan?! "

Ada orang yang "call" mendengar suara pula berkata; " ala, tak jumpa pun kan?! "

Ada orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan; " ala, tak pegang-pegang pun ! kecoh ar ! "

Ada orang yang berpegang-pegang pula berkata; " ala, bukannya berzina pun kan ?! "

Orang yang berzina pula masih ada alasan, "xdelah sampai mengandung oh ! "
Begitulah liciknya syaitan ! Nauzubillah min zalik..

(pesanan kepada diri saya yang mudah lupa dan alpa dengan dunia)

Friday 24 June 2011

Ujian itu...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 21:08 0 tuffah
˙•٠•●❤ ujian adalah tarbiah dari Allah untuk melihat adakah kitakan sabar menempuhinya..atau pun sebaliknya.. ~ 

˙•٠•●❤ kesenangan yang datang pula tidak akan selamanya..begitulah selepas susah ada kesenangan ~ ( seperti juga selepas malam datangnya siang )

˙•٠•●❤ oleh itu, ketika waktu senang jangan sesekali lupa daratan..gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan kebaikan ~





Thursday 23 June 2011

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 18:00 0 tuffah
siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan perempuan hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, perempuan jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Friday 25 March 2011

τHę ЅτθЯУ όf άβϋ Lάнάβ

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 07:09 1 tuffah

اصلح نفسه
وادع غيره

Saturday 19 March 2011

Ќαkάκ & άDίK

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 09:20 1 tuffah
Adik : Kak, tadi ustazah adik cakap, kalau nak mengenali Allah, kena tengok sistem alam..macam mana tu kak? adik x faham la..

Kakak : adik nak tau ? jom ikut akak ...

(akak membawa adiknya jalan-jalan menaiki kereta dan tiba-tiba si kakak memberhentikan kereta)

Adik : napa kakak berhenti? kita da smpai kat sistem alam ke?

Kakak : heheh..(gelak sopan) bkan la..sebelum akak jawab soalan adik, akak nak tnya, siapa yang bawa kereta ni?

Adik : akak la yg bawa,sape lg..

Akak : ok,akak yang bawa, akak yg control stereng, dan akak juga yg memberhentikan kereta kan??

Adik : yup !

Akak : kalau akak xde, adik rase kereta ni boleh bergerak x?? boleh dikawal dengan selamat?

Adik : mestilah x, ape la akak ni !

Akak : hah ! mcm tu la jugak sistem alam ni, mksud sistem alam kat cni, kejadian siang dan malam, matahari tmbul dan tggelam..hujan..sumenye msti ade yg mengawalnya..ok, kereta ade pemandu, sistem alam ni pun msti ade pemandunya... iaitu ALLAH ... cube bygkn kalu xde yg mengawal, msti huru hara kan ??

(tiba-tiba ada kapal terbang di udara tengah nak mendarat)

Akak : hah, cube adik tengok kapal terbang tu, steady je dia kat ats awan kan? pasti ade org yg mengawalnya. stuju x??

Adik : hmm.. betul..betul..betul...

Akak : lg satu, cube tgok kereta ni

(adik pun tgok pada kreta akaknya, Suzuki Swift yg baru dibelinya bulan lepas

Akak : nmpk cntik kan? heheh..cube bygkn org yg mmbuat kreta ni, msti lg cntik kan? mksd akak, kreatif kan? dia boleh trfikir nak buat kreta cntik mcm ni..smpai akak pun trgoda nk beli..cute designnye.. mesti dia seorg yg hebat kan?  ok, fikir dalam2 lg..

(adik mengerut2kn dahinya pabila kakaknya menyuruhnya berfikir dalam2)

Akak : haha..(gelak sipu2) adik ni, xyah la wat muka smpai cmtu skli.. ok, fikirkn "YANG MENCIPTAKAN" org yang membuat kereta ni.. adik faham x mksud akak?

Adik : mksd akak, tukang pmbuat kreta tu, sape cipta dia? mcm tu ke?

Akak : yup !

Adik : ALLAH lah ! Allah yang ciptakan manusia !

Akak : hah, pandai adik akak ni ! tentulah ALLAH yang mnciptakan pmbuat kereta akak ni lg hebat drpd dia kan??

Adik : wah ! HEBATNYA ALLAH !

************************* TAMAT ***********************

sekadar renungan bersama;
kita sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, 
melebihi rasa terpegun dan kagum kepada yang MAHA PENCIPTA, Tuhan sekalian alam. 
Ramai orang yang kagum dengan bangunan pencakar langit, 
namun kurang kagum dengan Pencipta langit. 
Ramai orang kagum dengan landskap kolam renang dalam taman. 
Namun, kurang kagum dengan Pencipta air yang memnuhi kolam berkenaan dan 
Tuhan yang menghidupkan tumbuhan didalam taman.


اصلح نفسه
وادع غيره

Sunday 20 February 2011

αkυ ©ιητα ďιά

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 02:19 1 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Rasulullah...
kau telah lama pergi meninggalkan kami
namun, peninggalanmu memberi kesan besar di dalam hati kami
kau meninggalkan Al-Quran untuk menjadi rujukan kami
kau meninggalkan sunnahmu untuk menjadi pedoman kami
kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi
kami menyanjung betapa hebatnya kerajaan islam yang dibina umatmu dulu
kami menyanjung betapa hebatnya keberanian umatmu melawan musuh tanpa gentar
namun, segala-galanya telah ditenggelami zaman...
alangkah malunya jika kau melihat apa yang umatmu sedang lakukan kini
kami terlampau sibuk mengejar cita-cita 
kami terlampau sibuk mengejar seberapa banyak harta
kami terlampau sibuk mengejar cinta 
kami terlampau sibuk mengejar hiburan
kami benar-benar bagaikan buih-buih dilautan seperti dikatakan kau
kami berasa sangat malu untuk bertemu denganmu kelak
kasih sayangmu pada kami, tak terbalas
layakkah kami menjadi umatmu?

اصلح نفسه
وادع غيره
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ЅέмάЛϊЅ тЧƒƒάн Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez