Sunday, 10 July 2011

Niat.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:01 0 tuffah
بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini inshaAllah nak kongsi ayat ini dulu;


" Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (17:19)


dan hadis ini;



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


ada nampak ke relation between ayat dan hadis diatas??


niat + amal (usaha) + tawakal + doa..


Kesimpulannya kat sini, jika aim kita ialah kehidupan di akhirat yang dah tentunya kekal abadi, kita akan berusaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh.Setiap detik yang dilalui sentiasa untuk mencari keredhaan Allah.Setiap perkara yang kita lakukan sentiasa niat lillahi taala. Kenapa niat penting? kerana niat membezakan ibadat dengan adat dan untuk menentukan qasad amal- adakah untuk Allah atau selainnya. Hatta qada' hajat sekalipun, jika kita niat untuk Allah, maka ibadahlah ia dan insyaAllah boleh jadi amalan kecil ini menjadi besar kerana niat tadi dan sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.Jika baik niatnya, baiklah balasannya,dan begitulah sebaliknya.Tawakal mestilah selari dengan usaha. tak boleh lah nak tawakal je tapi usahanya zero. xmau2 camtu! Misal kata exam la kan, kalau seseorang tu berniat nak dapat Dean List (DL) , boleh je Allah nak bagi beliau DL tapi rugilah..sebab apa? sebab niatnya bukan kerana Allah. Kalau nakkan dunia,dapatlah dia dunia, kalau nakkan akhirat inshaAllah yang si dunia tu pun ikut sekali..Tapi aim kita bukan setakat DL, kita mahukan lebih daripada itu..kita mahukan keredhaan Allah dan rahmat Allah dan kasih sayang Allah.Kita bukan sahaja mahukan Dean List tapi kita mahukan Deen List.tapi segala2nya terletak pada tangan kita.. 



اصلح نفسه
ادع غيره

Friday, 8 July 2011

Masih ada alasan??

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 06:47 0 tuffah
Inilah pemikiran umat sekarang... Inilah hakikatnya.. Kita masih boleh menge"rate" kan dosa?? 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " (17:32)

Jangan menghampiri la, da sah2 la dosa.. yang "ala2 lg ni nape??"

Ada orang yang ber'sms' dgn kekasihnya b'alasan; " ala msg je, x dgr suare pun kan?! "

Ada orang yang "call" mendengar suara pula berkata; " ala, tak jumpa pun kan?! "

Ada orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan; " ala, tak pegang-pegang pun ! kecoh ar ! "

Ada orang yang berpegang-pegang pula berkata; " ala, bukannya berzina pun kan ?! "

Orang yang berzina pula masih ada alasan, "xdelah sampai mengandung oh ! "
Begitulah liciknya syaitan ! Nauzubillah min zalik..

(pesanan kepada diri saya yang mudah lupa dan alpa dengan dunia)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ЅέмάЛϊЅ тЧƒƒάн Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez