Sunday, 30 October 2011

Wahai Pemuda..

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 07:23 1 tuffah
Masa depan negara Islam terletak pada masa depan umatnya,
Masa depan umat Islam terletak pada PEMUDANYA !

Allah tidak memerlukan jihad kita 
sebab Allah boleh je nak bagi kemenangan kepada umat Islam tanpa kita pun,
tapi kitalah yang memerlukan jihad fisabilillah dan Islam itu sendiri
kerna jikalau Islam berada di tampuk kegemilangan tanpa kita 
alangkah ruginya kita !

Wahai Pemuda ! Umat memerlukan kita ! 

Kita sebaik-baik umat yang diciptakan untuk manusia, untuk masyarakat !

Imam Al Banna menyeru kepada pemuda agar mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri, dan tahu akan kedudukan kamu yang tinggi dan tahu bahawa anda adalah pemimpin yang akan merubah dunia. Anda juga adalah guru buat sekalian alam !


Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan....

at Nilai Impian
22:33
03 Zulhijjah 1432

Friday, 28 October 2011

dalam diam...

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:42 0 tuffah
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

 
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
 
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
********************



Thursday, 27 October 2011

Bijak

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 10:05 0 tuffah


Allah berfirman dalam Surah Al-israk , ayat 32, bermaksud
"Janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"

Allah tahu
kita manusia ini sangat lemah
sebab tu Allah kata
JANGAN HAMPIR !
sebab kalau hampir,
probability utk melakukan zina itu sendiri
SANGAT LAH TINGGI !
sebab Allah tahu
KITA NI X KUAT !

**********************

Wednesday, 12 October 2011

Ibadah bukan hanya di hamparan sejadah.

Ikhlas dari Nur Kemuliaanku at 09:52 0 tuffah
In the name of Allah...


Pada kebiasaannya, seringkali sejadah akan dikaitkan dengan ibadah..

Solat, zikir, baca Quran..

Hakikatnya, ibadah bukan setakat itu sahaja..

Rahmat Allah itu "teramat sangatla" luas.. (sgt2 la tu mksudnya)

Hatta, kita nak beli choki-choki pon, jika niat untuk beribadah kepada Allah, xkan menjadi sia-sia..

Hadirnya kita di dunia ni, tidak lain dan tidak bukan..

hanyalah semata-mata kerana Allah swt..

menjadi khalifah dan beribadah kepadanya..

Jadi, jikalau kita memandang dunia ini seperti hamparan sejadah..

Nescaya, setiap minit kita akan sentiasa beribadah kepada Allah,

sepertimana kita sedang bertafakur di hamparan sejadah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ЅέмάЛϊЅ тЧƒƒάн Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez